Assalamualaikum nocturnals sekalian..
Malam ni aku nak teruskan dengan rapuan aku memandangkan dah takda orang nak layan rapuan aku lagi (boo Arsyad. Boooooo~). Aku nak share dengan korang semua cam mana aku yang comel lotey ni release tension. Ye la. Aku dalam masa beberapa bulan lagi dah nak SPM. Confirm tension rasa banyak. Tak macam kawan aku sorang tu. Jamban lah teman setianya untuk melepas apa yang patut.
Jadi aku pulak cam mana?
Behold..
KARAOKE!!!
Yes. Hampa semua tahu tak yang karaoke ni mendatangkan banyak manfaat? Di samping dapat memekakkan telinga rakan disebelah anda mahupun mangsamangsa disekeliling anda, anda juga mampu untuk menyelamatkan telinga manusia lain dengan menghilangkan suara anda sendiri. Ya betul! Itu satu cara untuk mengurangkan what we call noise pollution. Dikaulah
Disini aku nak share lagulagu cam mana yang aku selalu melalak sesorang depan YouTube kalau dah nak tension. Mari kita lihat. Jeng jeng jeng..
Ketika gua sedih, hanya lagu Taylor Swift yang selalu didendang..
"Coz he's the reason for the teardrops on my guitar.."
Kenapa aku suka dengar lagu Taylor Swift timetime sedih? Well, for starters, minah ni memang sadist. Kotkot suicidal mahu tak nya. Dah la lagu bukan main lagi menusuk kalbu para jejaka. Tu yang aku sukaaa. Kalau dia menghina, dia memang tak alangalang hinaan dia. Lagu Mean tu memang pergh la. Aku sukaaaaa. Everytime aku geram kat someone, confirm aku nyanyi lagu tu. Jadi kalau lepas cakap dengan aku tetiba aku nyanyi lagu tu, then I hate you. Yang sedih sampai dok nak jump off building pulak memang aku nyanyi lagu Last Kiss dan nangis sorangsorang menghadap computer. Teringat pulak aku kat zaman awalawal break up aku dengan theonethatgotaway. Pfft. Attention seeker memang camtu.
Ketika aku meng-gila..
"Can you feel that boom badda boom boom.."
Aku sukaaaaaaaaa Nicki Minaj! Bukan sebab cara dia dress up bajet Katy Perry. Oh tidak sama sekali. Tapi mostly cara dia rap tu memang bajet orang kelahiran Joe Brooks. Like..seriously. Kalau aku nak perasan cute (which is unlikely sebab aku memang asli comel), aku confirm tengok cara Nicki Minaj pose. Dengan sexy duck pout tu memang awwww hotsetappp. Tak lain tak bukan, minda aku selalu putarkan Superbass dalam kepala. Entah kenapa. Ni mesti side effect due to karaoke session dengan Debra + Kak Sherlyn the other day. Dammit. Why cousins whyyyy??
Ketika aku nak bajet jadi penyanyi opera..
"Untuk gapai cintamu.."
No doubt aku die-hard fan Agnes Monica since dia berlakon dalam sinetron Ku T'lah Jatuh Cinta lagi. And suara dia memang superb awesome sampaikan bila aku main je lagu dia kat dalam kereta, semua cermin tingkap kereta aku dan orang yang kat belakang kanan kiri depan kereta aku semuanya pecah. Begitu hebat suara Agnes Monica sampaikan Andre Boncelli pun dok nangis sebab ada orang upstage diaa. Atuuuu diaaaaa.. Lagu Agnes memang best dinyanyikan timetime stress. 99.99999999% lagu Agnes Monica semuanya mengandungi range yang amatlah tinggi. Tapi alhamdulillah, high notes is my specialty. Aku masih tak faham kenapa orang cakap suara aku tak sedap. Sedap okayy?? Kau tu yang jealous, tu la pasal tak nak ngaku. Wek wekk..
Ketika aku tengah rasa cute cute..
"The fact that we're white isn't why we're friends but we are white and we're friends.."
Aku mula kenal diorang time aku tengah on the way pi gemokkan diri makan seafood with my cousins in the car. Memandangkan kakak aku dalam masa setahun lagi nak fly sambung study pi Jepun (hambekk kauuu. tak balik raya 2 tahun!!), cousin aku pun pasanglah lagu Japan intribute to pemergian kakak aku 'tersayang' tu. And I fell in love with their music ever since. Tambah lagi Jai selalu bawak aku nyanyi lagu depa dalam kelas. Mana tak nya lagu Japan stuck dalam minda. So kalau kau nak bajet cute tapi tak mampu ikut style Nicki Minaj dengan sexy itik lips dia, nyanyi lah lagu The Lonely Island. Confirm terbaikk..
Release release lah tension tu sekali sekala cik kak abang oi.. Tak salah kan kalau take a break dari assignments and homeworks and babies tu sekali sekala? Nanti bila dah try, insya-Allah akan berasa lega and you'll be very grateful to me dan insya-Allah aku pun dapat pahala sekali sebab dapat bantu orang! Before aku undur diri, aku nak cakap something..
less than three
Laaaa..kaukau semua tak faham ke haa??
<3
Peace and love. Over and out.
Assalamualaikum :)
2 comments:
sama ! minat gile babi dkt taylor swifttt . semua lagu dia aku suka SANGATT ! okay terlalu fanatik . hahaha . lagu last kiss memangg takat leleh . lagu untouchable un same =.=
@shima untouchable?? asal zaza belum dgr lagi nihhh?? huaaa.. haha. thx for recommending :)
Post a Comment