Zaza Rasid

My photo
There are two different categories of love. The first category is called a FAIRYTALE. The second category is called JUST ANOTHER LESSON.
i'm all about skittles, rainbows and sparkles. prepare for awesomeness. ENTER AT OWN RISK.

MEREKA SUKA AKU!! :)

Friday, February 10, 2012

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Assalamualaikum haters-haters sekalian. Apa khabar??


Yaaa..aku sedar dah lama aku tak update blog dan korang pun dah stop baca belog aku. Takpe. Aku tak kisah. Aku tak kejar glamour. Janji aku dapat merapu sesuka hati aku. Ye dak??



Kalau nak update pasal kisah hidup aku, aku rasa tak payah je la. Budak Form 5 memang tak ada dunia lain selain buku dan kelas tambahan. Maklumlah. Pelajar cemerlang tadi kan?? Aku memang patut dicontohi pelajar-pelajar diluar sana. Tahun exam pun masih nak ber-blogging. I mean..pfft. Get a life la kan?? Aku siap jadi "hantu" lagi last week untuk Program Malam Keberanian aku. Hantu paling scaredy cat di dunia. Ya. Itu trend masa sekarang.


Ok. Whatever. Aku tau aku dah start merapu.


Update kali ni aku nak dedikasi kan kepada someone yang amat famous sekali. Ye. Aku tak tipu. Minah ni lebih famous dari Lisa Surihani dan mempunyai followers di Twitter yang begitu banyak. Sampaikan semua orang sanggup stalk dia. Anda mahu tahu kenapa??





Aku seriously tak faham dengan minah sorang ni. Jujur aku cakap, sebagai orang Sarawak, aku tak terhina langsung. Malah, aku bangga dia buat camni. Secara tidak langsung dia telah mengaibkan diri dan menunjukkan 1Malaysia memang tak wujud dalam kalangan masyarakat kita. So propaganda yang dah dikeluarkan tu memang is just bull. Op opp..sebelum korang saman aku kan, cuba korang buka mata dan minda luas-luas. At least kat Sarawak ni racism tu kurang kan? Iban, Bidayuh, Cina, Melayu, Kenyah, Kayan, Kelabit dan lain-lain semua hidup harmoni je.


Aku kasi fakta sikit la. Cousin-cousin aku ada yang Cina. Nenek aku pun Cina. Datuk aku Melayu. Pastu mak aku Bidayuh. Uncle aku orang Sabah. Anak buah aku half-black tp muka Cina. Cousin-cousin aku semuanya hot-hot belaka. Banyak je lelaki West Malaysia minat kat dia. Aku pun ada cousin yang asal memang dari West Malaysia. Hidup aman je. So kenapa must this beeyotch pergi hina orang Sabah dan Sarawak sesuka hati dia je? Orang Sarawak dan Sabah tak pernah pulak cakap apaapa pasal kau. People mention about her tak kisah la kat Twitter and Facebook due to this publisiti murahan yang ni. Buat apa la kau nak hina orang Sarawak dan Sabah Kak Lisa Rosli oi??



But don't get me wrong, Sarawakians and Sabahans. Tak semua orang Semenanjung camtu. Kalau ada pun, maybe 10% je kot. Tu pun sebab diorang tak kenal lagi orang Sarawak ni cam mana, Aku nak cerita sikit la. Masa aku oergi F1 Nationals kat Selangor ritu, aku ada laa kenal-kenal dengan budak-budak dari Semenanjung ni, Yes. Semuanya friendly gilaaa. Sampai aku pun dok terharu sebab diorang selalu with us. Aku ingatkan la dah habis Nationals, diorang tak ambil kisah lagi. But yeaa..all of us masih keep in contact. Pastu ada la sorang budak tu cakap katt aku cam ni,

"Kau tahu tak, dulu aku anggap orang Sarawak ni tak best. Tapi lepas kenal korang baru aku sedar anggapan aku kat korang tu salah"


True story. Aku tak tipu. Pastu ada orang sempat update status dia camni,

"Sarawak people are awesome. Seriously"


Kawan-kawan mamat tu semuanya macam tak percaya. Tapi alhamdulillah dia backing kitorang yang Sarawakians ni.




Jadi pembaca-pembaca sekalian, don't hate us just coz we're from Borneo. We're not racist and if you just give us a chance, we'll welcome you in our lives as well.



Tapi kalau kau tak suka kitorang then tak apa. I don't give a damn. Aku dapat pahala. Kau dapat dosa.



Peace and love. Over and out.




Assalamualaikum :)

THANKS FOR READING! kalau suka, please click "LIKE"!